Ini bukan masa untuk suruh orang letak jawatan...- PM

Sekitar lebih 15,000 orang berhimpun di kawasan RTC,Gopeng pagi Sabtu untuk mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah kehangatan isu politik sekarang.
Perak adalah negeri pertama dilawati Perdana Menteri untuk menemui rakyat setelah beliau membentangkan Rancangan Malaysia ke 11 di Parlimen Khamis lalu.

Hadir sama di himpunan yang di hadiri rakyat berbilang kaum dari serata negeri itu ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kedua II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Jelas merujuk kepada isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB dan serta polimek dikalangan UMNO sendiri,Perdana Menteri meminta rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan padu kepadanya dalam menerajui negara.

“Ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama sendiri dan bukanlah masa untuk suruh orang meletak jawatan. “Ini masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana kita sedang melalui banyak cabaran,” katanya.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri semua masalah dan isu disalahkan Perdana Menteri termasuk longkang tersumbat dan orang kena culik.

"Bukan saya nak elak tanggongjawab kerana saya tahu inilah tanggongjawab Perdana Menteri,"katanya.

Beliau mengingatkan kalau nak meruntuhkan sesuatu memanglah mudah.

"Kalau asyik kutuk pemimpin parti akan lemah..akibatnya pilihanraya akan kalah,"katanya.

Mengambil contoh kejayaan BN tawan balik Perak masa pilihanraya umum ke 13,beliau mengingatkan ia adalah kerana muafakat.

"Dulu orang kata Perak tak mungkin Perak boleh menang tapi kita buktikan bila kita muafakat bumi Perak dapat kita pertahankan,"katanya.

Mengenai BR1M yang menjadi salah satu inisiatif kerajaan yang Dr Mahathir kritik,Najib mengulangi soalannya kepada rakyat yang berhimpunan di situ samada mereka mahu ia diteruskan.

Jawapannya spontan seperti di Johor Bharu baru-baru ini...semuanya mahu diteruskan.

"Katanya RM950...kalau pandai berbelanja macam-macam boleh dibuat...boleh buat dapur berasap,"katanya.

Mengenai GST,Perdana Menteri berkata kebanyakan masalah yang timbul kerana peniaga jkahat.

"Mereka yang nak titik orangramai,"katanya.

Beliau beri jaminan pihak penguatkuasa akan giatkan tindakan mengheret peniaga berkenaan ke mahkamah.

Perdana Menteri berkata beliau akan terus laksana dasar-dasar yang baik untuk negara.

Katanya ini termasuk Wawasan 2020 yang diperkenal oleh Dr Mahathir.

Beliau mengakui kejayaan negara selama ini bukan atas usaha beliau seorang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana