Ingatan Kepada Umat Islam!!!!! Kerana 'tidak bersih' sijil halal Secret Recipe ditarik balik

Sijil Halal yang dikeluarkan kepada sebuah premis Secret Recipe di Taman Mayang, Petaling Jaya, telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Penarikan sijil halal itu yang berkuatkuasa pada 15 Mei lalu disebabkan faktor-faktor kebersihan.

Penarikan Sijil Halal oleh JAKIM itu juga telah dimuat naik di laman sesawang g www.halal.gov.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan sijil halal syarikat terbabit mula berkuatkuasa pada 7 Mei 2015 selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dari aspek kebersihan.

“Berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP atau Good Manufacturing Practice) yang serius.

“Penarikan ini walaubagaimanapun bukanlah disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk,” katanya dalam satu kenyataan media Selasa.

Dalam perkembangan sama, syarikat berkenaan sudah dipanggil dan berjanji untuk melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan.

Selain itu, syarikat terbabit dibenarkan untuk memohon semula sijil halal manakala JAKIM akan membuat penilaian berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan yang ditetapkan.

“JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa.

“Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan perlanggaran terhadap pematuhan piawaian ini setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal,” tegas beliau.

Orang ramai boleh mendapatkan maklum balas berkaitan Hab Halal dengan menghubungi Bahagian Hab Halal JAKIM menerusi talian 03-88925000 / 5001. Sementara semakan status halal juga boleh dibuat melalui laman web Direktori Halal Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana