Hina KPN, warga PDRM tuntut Azmin mohon maaf

KUALA LUMPUR 6 Mei – Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengecam keras tindakan biadab Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengeluarkan kenyataan biadab dengan menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bacul, pencacai serta barua UMNO dalam satu siri ceramahnya di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Shah Gzali Khan Shahadad
Berikutan ketidakpuasan hati dengan tindakan tersebut, tiga laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan), Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Inspektor) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis.

Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan), Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata, sebagai seorang pemimpin yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, adalah tidak wajar Mohamed Azmin menggunakan kata-kata jelek dan kesat sesama manusia.

“Beliau tidak seharusnya menggunakan ceramah politik untuk tujuan menghasut dan menghina, apatah lagi sebagai platform membangkitkan kebencian masyarakat untuk membenci dan menentang polis.
“Kami ingin mene­gaskan PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik. Ini jelas dibuktikan dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat yang diberikan PDRM di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shah Gzali, PDRM adalah sebuah institusi kepolisan yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara agar tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang sanggup menggadai keamanan negara demi kepentingan tersirat.

“Sebaik sahaja kata-kata cacian menjadi viral di media sosial, kami masih beranggapan bahawa kata-kata kesat tersebut mungkin disalah rujuk atau disalah tafsir namun selepas beberapa hari, Mohamed Azmin langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyangkal, maka sahlah beliau bertindak di luar batasan tertib dan budaya sehingga sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri dengan menggunakan kata-kata seumpama itu demi kepentingan politiknya.

“Kami warga PDRM amat berharap Mohamed Azmin selaku Menteri Besar lebih berhemah, bersopan dan bersusila dalam menyampaikan ceramah politik kerana bahasa melambangkan bangsa, malah menjatuhkan maruah sesama insan juga adalah dosa di sisi agama,” ujarnya.
Menurut Shah Gzali, tindakan Azmin Mohamed mencaci dan menyelar Khalid bermakna beliau turut mencaci dan menyelar seluruh institusi PDRM yang menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat, tanpa berkiblatkan fahaman politik, bangsa ataupun agama.

“Sehubungan itu, kami warga PDRM mendesak Mohamed Azmin Ali mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap penghinaan ke atas PDRM,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana