Hadi sibuk kempen di Rompin, kata Azmin...Sambutan Ceramah PKR Tiada Sambutan

PULAU PINANG: PKR hari ini dilihat cuba menutup permasalahan dalamannya sekali lagi apabila cuba mempertahankan kempen Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh masih lagi tidak mendapat kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kelibat Abdul Hadi tidak kelihatan sepanjang hari berkempen di Permatang Pauh disebabkan Presiden PAS itu sibuk berkempen di Rompin.

"Kita kena faham (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) juga ada tanggungjawab di Rompin.

"Sebagai presiden parti, dia memikul satu tanggungjawab yang besar untuk memastikan PAS dan pakatan menang di Rompin dan Presiden Keadilan jaga di Pulau Pinang, itu bermakna permuafakatan yang cukup baik dalam pakatan," katanya kepada pemberita.

Kira-kira hanya 150 orang hadir pada program pidato PKR di Padang Taman Guar Perahu yang menjemput calon PKR Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah dan Azmin sebagai pemidato pertama malam tadi.

Program pidato yang dianjurkan oleh PKR itu sendiri langsung tidak mendapat sambutan hangat walaupun parti itu menjemput pimpinan utamanya dalam usaha meraih sokongan pengundi di situ.

Sambutan diberikan kepada sesi ceramah tersebut cukup hambar dan menyedihkan jika diambil kira Permatang Pauh adalah kubu terkuat PKR kerana ianya adalah kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sekian lama sejak beliau berada dalam UMNO lagi.

Malah sambutan hambar program pada malam ini turut menterjermahkan konflik dalaman yang semakin ketara di antara PKR dan PAS sekaligus membayangkan PKR semakin resah dengan sokongan pengundi di situ.

Ini ekoran tidak nampak kelibat para petugas dari Unit Amal dan pemimpin PAS tempatan semasa ceramah diadakan.

Sehubungan dengan itu timbul persoalan sama ada PAS kawasan Permatang Pauh masih lagi mengambil sikap mahu memboikot kempen PKR atau rakyat tempatan mahu menunjukkan protes senyap mereka terhadap wakil rakyat dari parti itu yang dikatakan gagal membela nasib penduduk di selama 17 tahun ini.


Dalam pada itu, Wan Azizah menegaskan pencalonannya semula di Parlimen Permatang Pauh adalah sebagai takdir Allah dan pertaruhan politik semata-mata.

"Nampak sangat ini adalah pertaruhan politik kerana Allah takdirkan Rompin kehilangan ahli parlimen dia, dan Rompin diadakan pilihan raya dulu daripada Permatang Pauh.

"Ini menunjukkan politik itu ada dan Anwar Ibrahim dimasukkan dalam penjara kerana politik, jadi tugas kami sekarang ialah menghantar semula permohonan semakan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu atas alasan wujud ketidakadilan mahkamah," katanya.

Kenyataan Wan Azizah itu sekali gus itu dilihat bagi meraih simpati sokongan pengundi di kawasan itu.

Antara yang turut hadir pada program pidato itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana