Guru KAFA yang bersuara menuntut keadilan sebuah janji dipecat konon melanggar perjanjian perlantikan guru KAFA..... suara beliau seolah satu jenayah..!!!!

Tapi dalam kerajaan guru-guru bebas mengutuk kerajaan, pembangkang dan ahli UMNO sendiri bebas bersuara.... tiada guru yang dipecat bila menghina kerajaan begitu juga dengan ahli UMNO....

Mana dia demokrasi dalam Keadilan..?

GURU KAFA, DIPECAT UMPAMA LAKUKAN JENAYAH

SHAH ALAM 22 Mei – Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang memecatnya seolah-olah melakukan jenayah sedangkan hanya menuntut kenaikan elaun golongan pendidik itu seperti yang dijanjikan kerajaan PKR Selangor sebelum ini.

Katanya, perjuangannya mem­bela nasib guru KAFA umpama satu jenayah dan pemecatan jawatan ini juga telah dijangka daripada awal lagi.

“Saya tegaskan bahawa saya tidak bersalah. Apakah suara untuk membela guru-guru yang susah itu satu jenayah?

“Saya yang bersuara demi rakan-rakan pendidik dihukum, sedangkan pemimpin yang senyap terus berdolak-dalik dan menghukum dengan kuasa yang mereka ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui di tempat letak kereta di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut janji kerajaan negeri sebelum ini untuk menaikkan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Ekhsan Bukharee berkata, surat pemecatan yang bertarikh 14 Mei itu diterima seminggu selepas itu dan pemecatan yang diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu berkuatkuasa pada 1 Jun depan.
Katanya, dia tidak diberikan ruang untuk membela diri mahupun mengemukakan rayuan.

"Dalam surat tiada suruh buat rayuan. Saya tak diberi ruang untuk buat rayuan. Kalau JAIS buka ruang pun saya akan buat tapi tidak akan mengaku salah," katanya.

Tambahnya, dia juga merasa amat terkilan kerana kerajaan PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali gagal memelihara demokrasi di negeri ini.

“Manakala, JAIS pula hanya dilihat sebagai badan konservatif yang bertindak mengikut emosi dan bukannya berlandaskan agama,” ujarnya.

“Pihak berkuasa, khususnya JAIS dan kerajaan negeri perlu sedar , pemecatan ini akan beri ruang untuk saya terus bersuara,” kata­nya.

Dalam pada itu, Ekhsan juga dalam proses mendapatkan nasihat daripada peguam untuk membawa kes pemecatannya ke mahkamah.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penamatan Perkhidmatan Ekhsan Bukharee berkuat kuasa mulai 1 Jun depan
“Penamatan Perkhidmatan guru KAFA Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang diambil setelah mendapati dia telah melanggar perjanjian pelantikan guru KAFA,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana