Dilema PAS menjelang hari penentuan...DAP Dan PKR Ditunggu Tunggu Selama Ini

Seminggu lagi lebih 1300 perwakilan PAS seluruh negara akan buat buat penentuan. Satu memutuskan barisan pimpinan baru menerusi pemilihan di muktamar yang akan berlangsung di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.
Namun yang lebih menarik dari itu ialah apakah parti itu akan buat penentuan mengenai kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Tembak menembak antara PAS dan DAP kebelakangan ini sudah sampai ke tahap macam nak 'pecah tongkang'.

Juga...jika dilihat pada mood perwakilan, kebencian terhadap DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng membuak-buak. Ini berikutan serangan bertubi-tubi 'anak-beranak' itu kepada batang tubuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bayangkan, sampai ke Ahmad Awang yang lawan dengan Abdul Hadi untuk jawatan nombor satu PAS pun turut serta balun Kit Siang dan Guan Eng.

Menurut Ahmad serangan demi serangan yang dihala kepada Abdul Hadi tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan.

"Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu menegur, bukan itu caranya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dengar cerita ramai perwakilan sekarang dok congak untung rugi jika PAS keluar Pakatan.

Perbualan dalaman mengenai hal ini memang tengah hangat.

Bagi perwakilan dari kawasan malay heartland seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang yang merupakan pusat kekuatan PAS sejak berdekad lamanya, elok PAS keluar dari Pakatan.

"Kita tumpu kepada negeri-negeri yang jika kita menang kita boleh memerintah, jadi menteri besar, macam Selangor, kita menang 15 kerusi sama banyak dengan DAP, tapi kita tidak dapat jadi menteri besar, bahkan kerusi exco kita pun kurang banding PKR," kata seorang perwakilan PAS Selangor kepada Agendadaily.

Beliau yang enggan namanya disebut berkata PAS perlu memberi lebih perhatian kepada 'segmen' Bumiputera/Islam yang diabaikan sejak menyertai Pakatan pada 2008.

Menurutnya, pada PRU13, majoriti segmen Bumiputera/Islam menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

"Segmen bumiputera/Islam menyokong UMNO, BN dalam PRU13, segmen bukan Melayu menyokong Pakatan... dan sokongan kepada Pakatan dari segmen bukan Melayu ini sudah sampai ke siling, tidak boleh lebih tinggi lagi," ujar beliau.

"Pakatan menang dengan isu nasional, isu panas dan sensasi, membolehkan kita dapat sokongan, tapi sokongan berdasarkan isu ini tidak kekal... jika BN berjaya padamkan isu, maka sokongan beralih arah, apa yang penting adalah sokongan kerana idealogi... melalui tamrin, takbiah, usrah yang kita anjurkan.

"Kita semai kepercayaan dalam hati penyokong, jadi apapun sokongan akan kekal, itu perlu menjadi tumpuan PAS selepas Muktamar ini, memperkukuh idealogi PAS iaitu 'Membangun bersama Islam'" ujar beliau.

Sejak membentuk kerjasama politik dengan PKR dan DAP, PAS menukar slogannya dari 'Membangun bersama Islam' kepada Negara Berkebajikan.

Kerana itu menurut beliau Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor awal Jun ini akan menjadi medan perbahasan bagi menentukan keutamaan kerjasama politik PAS, samada kekal atau tarik diri dari Pakatan.

Sementara itu, ketika semua mata tertumpu kepada negeri PAS menjadi menteri besar, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar berkenaan.

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.

Jelas Nik Amar pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi,".

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) Kota Bharu Selasa.

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat mengulangi pendirian bahawa parti itu mampu untuk berjuang bersendirian walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata parti itu pernah melalui perjuangan secara solo selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) serta Barisan Alternatif (BA) dahulu.

"Kami sentiasa bersedia sebenarnya tapi kalau saya cakap, orang (kata macam) cakap sombong. Tapi macam saya sebut kami ada pengalaman bersendirian ... kami akan hadapilah sebab kami sudah ada pengalaman itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana