DAP terus beri tekanan kepada ahli PAS... umum kekal boikot Hadi

DAP nampaknya memang nak cari pasal menjelang pemilihan PAS dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan kepada ahli-ahli PAS.
Dalam kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, parti itu katanya menjangkakan Hadi akan kekal sebagai Presiden PAS tetapi tetap dengan keputusan sebelum ini untuk tidak bekerjasama dengan Hadi.

Guan Eng berkata pemilihan parti PAS tidak akan mungkin memperbaiki keadaan.

"Kita tahu Hadi akan menang dan ia tidak akan mengubah apa-apa keadaan," katanya di lobi Parlimen Selasa.

"DAP telah membuat keputusan yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Hadi. Tetapi kami akan terus berkerjasama dengan PAS," tambah Lim.

25 Mac lalu, DAP mengumumkan mereka memutuskan hubungan dengan Hadi kerana dianggap “tidak jujur”.

Keputusan itu dibuat antara lainnya selepas mengambil kira pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.

Selain itu ia juga bersabit dengan kontroversi yang timbul dalam projek Langkah Kajang - untuk melantik presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana