Cikgu Kafa tuntut elaun kena ‘pecat’

SHAH ALAM - Guru sambilan Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, terus diberi tekanan apabila menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Ekhsan Bukharee berkata,  dia terus diberi tekanan demi tekanan susulan perjuangannya dalam isu tuntutan elaun guru  Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, pada 9 April 2015, dia diminta menyerahkan surat tunjuk sebab dan pada 24 April 2015 pula, dia diminta untuk menghadirkan prosiding siasatan."Semalam (20 Mei ), saya diberikan surat pemecatan ,"katanya kepada Sinar Harian.Sebelum itu, menerusi akaun twitter miliknya, Ekhsan Bukharee berkata, dia akan mengakhiri amanah di sekolah dengan semangat.

" Kenyataan khusus berkenaan surat pemecatan saya akan menyusul. Bukan berhenti bila jatuh tapi bangkit!," katanya.Berikutan itu, katanya lagi, dia akan membuat sidang media di pintu pagar utama Bangunan SUK, Shah Alam esok (Jumaat) pada jam 11.00 pagi.

Pada 8 April lalu, Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dun bagi menuntut janji kerajaan negeri sebelum ini untuk menaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Berikutan itu, dia menerima surat tunjuk sebab daripada Jais dan berkemungkinan menerima tindakan tegas.

Admin...Kalaulah pekerja awam tue demo atau menuntut apa-apa dari kerajaan persekutuan, lepas tue kena pecat kena buang kena tukar tempat lain atau kena turun pangkat, pejuang pejuang kebenaran dari pr akan berpusu-pusu mepertahankan tindakan pekerja tersebut dan mengatakan kerajaan zalim. Apabila kena pada diri sendiri, ada org penjawat awam atau kakitangan mereka sendiri menuntut/demo, mereka tidak kisah pecat, turunkan pangkat atau lain2 hukuman, bagi mereka kamilah semua betul, yang lain hampa semua salah. Kata perjuangkan kebebasan bersuara yg amat bebas di negara demokrasi ini, baru sikit dah macam2 hukum, kata pihak lain tak bebas. Kalaun bn yg buat aku faham lagi sbb bn mmg tak bebas, jadi dia hukum ikut apa yg dia dah gariskan, yg pihak nie kata nk bebas, tp x bebas seperti yg digambarkan. Kalau peserta demo tu menentang bn, ini ada lah perjuangan, ini hak bersuara, ini kebebasan demokrasi, tapi bila beberapa kerat ja demo nk tuntut hak dan janji, mereka blh cakap, perlu ikut saluran yg betui, jgn demo, demokrasi ada caranya. Udahnya gua ner.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana