BN minta masyarakat Cina nilai semula kedudukan mereka

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh merayu kepada masyarakat Cina untuk benar-benar menilai semula kedudukan mereka sekarang.
Katanya, masyarakat Cina kini harus melihat kepada kepimpinan era baharu Ketua Menteri Adenan Satem yang membuktikan telah memberi penekanan dalam kecekapan, integriti dan tadbir urus baik kepada negeri.

“Di hadapan anda, kita mempunyai seorang pemimpin sentiasa bersedia mendengar rungutan daripada masyarakat Cina.

“Sudah tiba masanya kita menilai semula kedudukan supaya dapat bersama-sama berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Jelas Wong, ini membolehkan wujud kerjasama dengan seorang pemimpin yang membawa perpaduan kepada rakyat Sarawak.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemu bual ketika menghadiri majlis makan malam Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak di Kuching.

Menurut Wong merangkap Menteri Kewangan II, adalah tidak baik untuk masyarakat Cina bermusuhan dan berkonfrontasi kerana ia mewujudkan polarisasi politik.

“Kita mempunyai bilangan Bumiputera cukup besar dalam kerajaan tetapi masyarakat Cina berada pada pihak pembangkang.

“Ini adalah polarisasi politik dan pada masa sama menjadi polarisasi kaum tidak sihat bagi Sarawak,” katanya.

Tegas beliau lagi, Sarawak kini mempunyai pemimpin yang sentiasa bersedia mendengar suara semua kaum dan menentukan penyelesaian semua masalah ekonomi, sosial dan politik yang dihadapi.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk masyarakat Cina untuk benar-benar berfikir dua kali dengan menilai semula di mana kita berdiri dan berdiri di belakang pemimpin yang membawa perpaduan lebih besar untuk Sarawak yang bersatu padu,” katanya.

Wong bersama Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan Lee Kim Shin adalah hanya dua pemimpin kaum Cina di dalam Kerajaan Negeri ekoran kekalahan teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada pilihan raya negeri lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana