BN Ada Peluang Rampas Kerusi Permatang Pauh – Tun M

GEORGETOWN 30 April - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata Tun Mahathir, Pakatan Rakyat sedang berhadapan masalah dalaman yang serius terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

Sehubungan dengan itu beliau merasakan BN tidak memerlukan bantuan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

“Tidak. Saya tak fikir mereka (BN) perlukan bantuan saya. (Tetapi) saya fikir mereka mempunyai peluang untuk menang.

“Sebab isu hudud, PKR tak sokong. Jadi PAS mungkin tidak akan bantu. Maka ia boleh beri peluang (pada BN),” katanya dalam sidang selepas program Cakna Ilmu ‘Mendepani Pemikiran Tun Mahathir’ di USM Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana