Balun Kaw Kaw...Zulkifli Noordin Sokong Desakan PAS Tidak Undi Wan Azizah

Berikut merupakan kenyataan Datuk Zulkifli Noordin berhubung desakan beberapa pimpinan PAS yang menggesa ahli parti itu tidak mengundi calon PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail :-

1. Saya merujuk kepada pendirian beberapa pimpinan PAS yang menyeru supaya ahli & penyokong PAS supaya tidak mengundi calon PKR DS Wan Azizah dalam PRK Permatang Pauh.

2. Saya bersetuju dgn pendirian ini kerana isu hudud adalah "talian nyawa politik PAS" dan merupakan isu berkaitan syariat Islam.

3. Adalah jelas penolakan oleh PKR mengenai pembentangan Enakmen Hudud oleh Kerajaan PAS di Kelantan dan usaha PAS di Parlimen membuktikan PKR langsung tidak menghormati pendirian dan perjuangan PAS;

3. Isu hudud dan perlaksanaan syariat jinayat Islam adalah asas kepada perjuangan PAS. Penolakan hudud ini sama seperti menolak PAS itu sendiri.

4. Ahli & penyokong PAS tentu masih ingat Amanat Hadi 1982 yang menolak amalan politik suku agama suku.

5. Mengundi PKR dalam PRK Permatang Pauh dengan alasan ini adalah soal tahaluf siyasi dan politik samalah seperti amalan politik suku agama suku, memisahkan agama daripada politik yang merupakan punca utama PAS menentang UMNO.

6. Sedangkan UMNO sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka menyokong usaha PAS, malahan membuktikannya didalam DUN Kelantan dengan menyokong penuh pembentangan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud) Kelantan baru-baru ini.

8. PKR juga membuktikan amalan politik putat alam dan hipokrit apabila menentang hudud PAS, tetapi diwaktu yang sama mendesak supaya hudud qazaf dikenakan kepada Saiful atas tuduhan meliwat yang dikenakan keatas Anwar Ibrahim.

9. Ini bukti jelas bagaimana hukum agama dipermainkan dan dijadikan bahan percaturan politik hanya bila ianya menguntungkan PKR.

10. Oleh itu saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya memberikan isyarat bantahan yg jelas kpd PKR dgn tidak mengundi Wan Azizah didalam PRK PP esok.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
17 Rejab 1436
06 Mei 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana