Angin perubahan berhembus kuat di Permatang Pauh...Jijah Paling Ditakuti

Angin perubahan berhembus semakit kuat di Parlimen Permatang Pauh selepas lebih 30 tahun dikuasai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Penduduk di Permatang Pauh yang bakal mengundi Khamis ini mempunyai pilihan untuk terus berada di dalam 'gua politik gelap' atau mencari cahaya luar.

Bagi Pengarah Jentera BN Permatang Pauh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelainan itu dirasakan pada pilihanraya kali ini berbanding rasa simpati terhadap tokoh semasa PRK Permatang Pasir sebelum ini.

"Kini ia berbeza, kita dapat merasakan angin perubahan telah hembus cukup kuat..cuma kita harap biarlah hembusan itu berakhir Khamis ini," katanya pada Selasa.

Ahmad Zahid menambah, kebanyakan pengundi di Permatang Pauh serik melayan retorik dan tidak puas hati terhadap kesetiaan mereka selama 17 tahun ini.

Naib Presiden UMNO berkata, BN terus berusaha sehingga ke saat akhir meskipun pembangkang juga agresif.

Tambahnya, BN mendapat kerjasama 101 peratus daripada parti-parti komponen bagi memastikan kempen PRK kali ini berjaya.

Menjawab dakwaan Rafizi Ramli kononnya wujud usaha berkempen dari rumah ke rumah oleh BN selepas pukul 10 malam, beliau menyifatkan Rafizi sebagai seorang yang berkemampuan menyusun strategi dengan membuat spekulasi yang tidak pernah wujud.

"Saya harap beliau (Razifi) melakukan terbaik jika itu mampu menyenangkan partinya," jawab beliau.

Anwar kali pertama bertanding di Permatang Pauh pada tahun 1982 ketika bersama BN, sebelum kerusi tersebut ditandingi isterinya dengan lambang PKR dan menang sebelum beliau meletak jawatan supaya Anwar kembali bertanding pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana