ADUN DAP desak Azmin dedah gaji pegawai atasan GLC Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali digesa untuk mendedahkan gaji, elaun dan bonus pegawai atasan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Desakan itu datang daripada ADUN DAP Lau Weng San, yang pernah mengajukan soalan yang sama kepada Azmin dalam pertanyaan bertulis di sidang DUN Selangor pada Mac lalu.

Namun katanya, jawapan yang diterima mendakwa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menjadi halangan butiran lanjut didedahkan.

"Saya minta kerajaan negeri percepatkan proses menjawab kerana sehingga sekarang kami belum mendapatkan apa-apa lagi makluman.

"Sekatan yang dikenakan oleh akta itu tidak berkaitan dengan soalan yang kami tanya," katanya pada satu sidang media di lobi bangunan annexe DUN Selangor hari ini.

Lau dalam pertanyaan bertulis kepada Azmin Mac lalu mahu kerajaan negeri menyenaraikan gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Namun, jawapan bertulis yang diterimanya menggesa Lau mengemukakan permohonan bertulis kepada Azmin atau setiausaha dewan.

Jawapan bertulis itu turut mengingatkan Lau supaya bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut yang tertakluk di bawah PDPA.

Lau yang dipetik The Malaysian Insider berkata, Seksyen 2 PDPA menjelaskan akta itu hanya terpakai kepada data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Katanya, Seksyen 3(1) akta itu juga menjelaskan ia tidak terpakai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Kami bertanya tentang gaji dan bonus. Saya tidak percaya ia transaksi komersial. Ia bukan bentuk jual beli.

"Saya percaya syarikat yang dimiliki kerajaan, ia sebahagian daripada kerajaan dan tidak harus dianggap syarikat biasa.

"Ia juga perlu diumumkan kepada ADUN yang bertanya soalan dalam Dewan," katanya gesaan itu dibuat kerana mahu memelihara aspek ketelusan.

Sementara itu, Adun Kinrara Ng Sze Han berkata pertanyaan bertulisnya yang mahu penjelasan Azmin mengenai jumlah bayaran kepada ahli lembaga pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI) turut terhalang akta sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana