Ada anarkis dalam demo anti-GST…

Seperti biasa puak pembangkang memekak bila polis bertindak menahan sebilangan peserta dan ‘ kepala’ demo anti-GST di Kuala Lumpur petang Jumaat.

Namun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya tidak merasa tergugat.

Beliau dengan tegas berkata,” jangan marah polis atau kerajaan jika tindakan diambil keatas mereka.”

Beliau menyifatkan penganjur demo yang disertai oleh sekitar 10,000 orang itu ‘ degil terlampau’ melanggar arahan polis demo itu diadakan di Padang Merbok.

Menjawab soalan mengenai hal berkenaan dalam sidang akhbar di Permatang Pauh Sabtu,Zahid menegaskan walaupun ada Akta Perhimpunan Aman ia bukan alasan untuk adakan sebarang perhimpunan tanpa ikut peraturan.

“Polis telah dirundingi untuk adakan  perhimpunan di Padang Merbok…tapi kedegilan mereka cukup ketera,”katanya.

Beliau mendedahkan hasil pemantauan dan intipan memang ada puak anarkis di kalangan peserta demo itu yang sengaja mahu cetus provokasi agar polis bertindak balas.
Katanya puak ini membaling bom asap dan menconteng dinding premis-premis perniagaan di kawasan berlaku demo dan sebagainya.

“Puak-puak anarkis ini harus diambil tindakan segera oleh polis…kami ada gambar-gambar mereka..ada saksi-saksi yang lihat perbuatan mereka…jangan marah pada polis atau kerajaan jika tindakan diambil keatas mereka,’katanya.

Menteri Dalam Negeri itu berkata puak anarkis ini mengharapkan sebagai tindakan balas kepada provokasi mereka polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan juga mengerakkan water cannon.

Namun katanya polis tidak bertindak balas terhadap gelagat mereka.

Beliau berkata hajat mereka adalah untuk cetuskan kekecohan masa demo itu adalah bagi memburukkan imej negara dan tunjuk negara ini tidak aman.

Zahid menolak anggapan penahanan peserta demo itu akan beri kesan kepada peluang calon BN di Permatang Pauh.

Katanya soal ini tidak ada kena mengena dengan BN sebaliknya ia patut mencalar imej calon lawan kerana para pemimpin mereka terutama PKR yang buat ucapan provokasi kepada mereka yang menyertai demo.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana