1MDB : 'Barulah Pak Cik Faham Kenapa Fakta dan Auta'

BLOG TUN FAISAL - Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb saya sebelum ni. Dia minta saya permudahkan supaya dia boleh faham. Saya bagitahu dia:-

2. Pertama, saya kata, katalah pak cik berhutang beli rumah kedai harga RM 100,000, tiba-tiba orang tanya ke mana hilang duit RM 100,000 yang pak cik hutang tu pak cik pelik tak? Pak cik tu cakap, tentulah pelik sebab hutang RM100,000 tidak hilang sebab pak cik berhutang untuk beli rumah kedai tadi.

3. Kedua, katakan jika pak cik mohon pinjaman untuk beli rumah kedai untuk buat kedai makan. Tentulah dalam permohonan pak cik tu disenaraikan tujuan pinjaman, nilai pasaran rumah kedai tadi, semua perbelanjaan tambahan, unjuran keuntungan dan macam-macam lagi. Tentulah bank yang nak bagi pinjam ini akan semak dan kaji permohonan pak cik terlebih dulu. Bila bank dah puas hati yang pak cik ada boleh bayar pinjaman dan cadangan ini menguntungkan barulah pinjaman diluluskan. Samalah bila pinjam guna bon dan sukuk. Tentulah orang yang nak melabur akan tengok dan kaji semua sudut sebelum melabur. Bank dan pelabur takkan senang-senang bagi duit jika cadangan perniagaan tak bagus dan rumah kedai tu tidak bernilai.

4. Ketiga, bila pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai sebab nak jadikan restoran, tentulah pinjaman pak cik bukan setakat untuk bayar harga rumah kedai, tetapi termasuk ubah suai, beli kerusi meja, periuk belanga dan pinggan mangkuk, kos operasi harian dan macam-macam lagi. Kalau pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai, tanah dan kilang untuk perniagaan, tentulah pinjaman tu bukan setakat nak beli bangunan atau tanah, tapi untuk bangunkan perniagaan. Tidakkah pak cik rasa pelik dan agak tidak bijak jika ada pihak yang hanya kira harga bangunan dan aset, tanpa masukkan kos-kos pengembangan perniagaan yang lain dan selepas tu kata kenapa jumlah hutang itu lebih rendah dan tanya pak cik ke mana hilangnya duit baki pinjaman yang lain?

5. Keempat, katalah pak cik ada sebidang tanah di bawah satu syarikat, syarikat A. Tapi pak cik ada masalah nak kembangkan perniagaan guna syarikat A mungkin sebab rekod terdahulu atau sebab syarat-syarat pegangan tanah. Jadi pak cik tubuhkan satu syarikat lain, syarikat B untuk beli tanah tu supaya lebih mudah dapat pinjaman dan ubah syarat pemilikan supaya boleh dibangunkan. Kedua-dua syarikat A dan B, kepunyaan pak cik. Adakah pak cik akan jual dengan harga yang tinggi dari syarikat A kepada syarikat B? Adakah perbezaan harga jualan tu dengan harga pasaran dianggap kerugian pak cik?

6. Kelima, katalah atas tanah tadi tu ada surau dan sekolah pondok. Bila syarikat B ambil alih tanah tu untuk tujuan pembangunan, syaratnya adalah untuk syarikat B cari tanah lain untuk bangunkan semula surau dan sekolah pondok yang baru. Adakah kos pembelian tanah tadi hanya harga tanah atau harga tanah campur kos untuk bangunkan surau dan sekolah pondok tadi?

7. Keenam, kalau pak cik ada syarikat dan pak cik gajikan seorang pengurus untuk jalankan operasi syarikat. Adakah pak cik percaya 100% pengurus tersebut? Pak cik tu jawab, tak lah 100%. Ada juga yang penyamun. Betul lah tu. Dalam syarikat kerajaan, GLC, kementerian dan agensi pun ada penyamun. Jika ada penyamun, adakah pak cik minta surat khabar siasat penyamun ni atau minta polis siasat? Adakah pak cik minta surat khabar siasat akaun pakcik atau akauntan dan auditor siasat? Pak cik tu jawab tentulah bukan surat khabar.

8. Ketujuh, saya tanya pak cik tu, jika pak cik nak kembangkan lagi syarikat dan perniagaan lain, adakah pak cik nak penyiasat siasat atau nak hebahkan kepada akhbar setiap hari yang dalam syarikat pak cik ada penyamun dan duit sentiasa hilang? Pak cik tu jawab, orang tak guna akal je yang buat macam tu sebab akan menakutkan bank dan pelabur.

9. Kelapan, saya maklumkan kepada pak cik tu, daripada RM42 bilion hutang 1MDB, sebahagian besarnya terjamin dalam bentuk bon dan sukuk serta disandar kepada aset. Hanya RM5.8 yang dipinjamkan oleh konsortium 5 institusi kewangan dan dipersoalkan ketelusannya. Jumlah ini yang dikatakan dilabur dalam Petrosaudi dan didakwa digelapkan oleh Jho Low. Saya maklumkan Petrosaudi sudah maklumkan bahawa kesemua pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan. RM2 bilion daripada hutang ini juga telah dibayar sepenuhnya dan bakinya telah ditukar kepada hutang berjangka untuk tempoh 10 tahun sehingga tahun 2024. Jika betul ada salah guna pinjaman dan penggelapan wang, siasatlah. Perdana Menteri juga dah minta Ketua Audit dan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) siasat. Selepas siasatan, jika ada yang didapati bersalah, ambillah tindakan mengikut undang-undang. Tetapi biarlah perbicaraan dan hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, bukan media.

10. Saya tanya pak cik dah faham pasal 1MDB? Pak cik tu kata, baru la saya faham. "Patut lah hang kata ada yang fakta dan ada yang auta. Awat tak dak yang habaq macam ni?"

Nanti pak cik tolong pi habaq kat khairuddin batu kawan tu naa... dia tu penin hat lama tak habih lagi tu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana