1,000 Penyata GST Berhadapan Tindakan Undang-Undang...Jangan Bagi Peluang Kepada Orang Seperti Ini

PUTRAJAYA 22 Mei - Hampir 20 peratus atau 1,000 daripada kira-kira 5,000 penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dihantar peniaga bermula 1 Mei lalu didapati berisiko untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy, berkata semakan agensi itu melalui sistem MyGST mendapati ada kemungkinan berlakunya pengikraran yang tidak betul, kurang bayar GST, terlebih tuntut cukai input serta pengelakan atau penipuan cukai.

"JKDM tidak akan berkompromi dengan sebarang penipuan yang cuba dilakukan, dan kami akan melakukan audit dalam masa terdekat kepada akaun dan penyata yang meragukan," ," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau turut memberi amaran kepada para peniaga yang sengaja hendak menipu akan dikenakan tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana