Wowwww....Bekas Timbalan MB Pahang,Hassan Ariffin taruhan BN di PRK Rompin

Teka teki siapa calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kawasan Parlimen Rompin terjawab.Tokoh lama yang dikatakan mempunyai pengaruh kuat di kawasan berkenaan,Datuk Hassan Ariffin,63 ialah orangnya.

Beliau kini adalah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin,bekas Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) ,bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman dan Bukit Ibam dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada satu majlis di Dataran Muadzam Shah,Rompin tengahari Sabtu.

Hassan sebelum ini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian.Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis ialah Ketua UMNO bahagian.

Ramai pemerhati politik menilai pemilihan beliau adalah keputusan tepat kerana mempunyai jaringan politik yang luas di kawasan berkenaan setelah sekian lama bergiat di situ.

Sebelum ini antara nama yang turut hangat disebut mungkin dipilih sebagai calon ialah ADUN Bukit Ibam, Datuk Mohamad Safri Abdul Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana