USTAZ EKHSAN HILANG SABAR DENGAN AZMIN.

Menurutnya, kenyataan Mohamed Azmin semalam ternyata menunjukkan Menteri Besar itu tidak serius dalam isu berkenaan.

Guru Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham mula hilang sabar apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan melayan tuntutannya supaya kerajaan negeri segera menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seperti dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, kenyataan Mohamed Azmin semalam ternyata menunjukkan Menteri Besar itu tidak serius dalam isu berkenaan.

“Kenyataan Menteri Besar langsung tidak memberi apa-apa makna.

“Dia hanya cakap kaji, kaji dan terus kaji,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, beliau tidak akan melayan desakan Ekhsan Bukharee supaya kerajaan negeri segera menaikkan elaun guru KAFA seperti pernah dijanjikan sebelum ini.

Menurut Mohamed Azmin, hal ini kerana perkara tersebut sedang dalam peringkat penelitian dan pada prinsipnya, kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ekhsan Bukharee memberitahu, dia juga kecewa dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang seolah-olah membisu dalam perkara tersebut.

“Sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap guru-guru KAFA, JAIS langsung tidak menyatakan pendirian berkenaan dengan tuntutan ini,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana