UMNO Kedah umum pendirian isu PM-Tun Mahathir….Mukhriz tak perlu buat kenyataan

Berbanding negeri-negeri lain,semua orang ternanti-nanti pendirian rasmi UMNO Kedah mengenai isu PM-Tun Mahathir.Kegairahan itu tentunya bukan tidak bersebab.
Ini kerana Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ialah Datuk Mukhriz Mahathir yakni anak kepada bekas Perdana Menteri yang kebelakangan ini lantang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asalnya tarikh yang ditunggu ialah 24 April bila mana Badan Perhubungan UMNO Kedah dijadual adakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur pagi hari itu untuk umum pendirian.

Pada sebelah petang hari mesyuarat berkenaan pula dijadual akan berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Bagaimanapun segalanya kini berubah.

Badan Perhubungan UMNO Kedah adakan mesyuarat di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon,Alor Star Sabtu.

Dalam kenyataan rasmi selepas mesyuarat berkenaan yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi badan itu,Datuk Ahmad Bashah mereka telah bersetuju untuk membatalkan mesyuarat dijadual pada 24 April.

Mereka juga bersetuju Menteri Besar tidak perlu membuat sebarang kenyataan berhubung isu PM-Tun Mahathir kerana memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Badan Perhubungan UMNO Kedah menyokong penuh tanpa berbelah bagi terhadap kepimpinan Najib selaku Perdana menteri dan Presiden UMNO.

Mereka juga menyokong penuh Mukhriz selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Menteri Besar yang diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan Perdana Menteri untuk menerajui negeri.

Pada masa yang sama mereka menghormati Dr Mahathir selaku bekas Perdana Menteri dan berharap beliau beri masa kepada Perdana Menteri dalam isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebelum ini.

Mereka juga menyokong kenyataan Perdana Menteri untuk mengarahkan Jabatan Audit Negara menyiasat 1MDB dan selanjutnya menyerahkan hasil siasatan kepada PAC.

Badan itu juga menegaskan bahawa tidak berlaku perpecahan dalam UMNO Negeri baik dalam sokongan kepada Presiden UMNO mahupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana