Syabas KPN.....Polis tiada toleransi terhadap aktiviti menghasut - Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, polis tidak akan menunjukkan toleransi bagi sebarang jenayah di bawah Akta Hasutan, berikutan penangkapan dua lagi individu dari portal berita The Malaysian Insider (TMI).

Beliau mengesahkan penangkapan Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media Group Ho Kay Tat melalui Twitter.

“@PDRMsia sahkan jam 1100 pagi ini telah tahan 2 org lagi kakitangan TMI utk bantu siasatan. Tiada toleransi kpd sebarang aktiviti menghasut,” kata Khalid dipetik oleh Malay Mail Online.

Awal pagi ini, peguam TMI Syahredzan Johan mengesahkan penangkapan Jahabar dan Ho serta berkata kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Seksyen 4 Akta Hasutan menganggap salah ucapan atau teks dengan kecenderungan menghasut manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan dengan salah guna kemudian rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Menurut satu laporan mengenai TMI, penangkapan dibuat ketika Ho dan Jahabar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi untuk merakam kenyataan pagi ini.

Malam tadi tiga pengarang TMI ditangkap selepas polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat pengarang TMI.

Ketiga-tiga pengarang TMI itu ialah pengarang pengurus Lionel Morais, pengarang berita Bahasa Malaysia Amin Shah Iskandar dan pengarang rencana serta analisis Zulkifli Sulong.

Minggu lalu, TMI menyiarkan laporan dari sumber tidak disebut nama yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan undang-undang dicadangkan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan.

Ini kemudian dinafikan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja yang juga membuat laporan polis terhadap tulisan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL