Sultan Sound Baru Lah Terkebir Kebir......Slogan Kita Lawan: Bukan Keputusan Kerajaan Negeri..

 SHAH ALAM: Perbincangan di antara kerajaan negeri dan persatuan sukan negeri akan diadakan bagi melihat keperluan penggunaan slogan Kita Lawan yang mewakili kontinjen Selangor di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 kelak.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari dalam mematuhi titah Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang murka dengan penggunaan slogan berkenaan.

"Saya sudah meminta Amirudin memanggil kesemua persatuan dan pertubuhan sukan negeri untuk menghayati titah Tuanku seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

"Bagaimanapun ini bukan satu keputusan kerajaan negeri, (penggunaan slogan) itu datangnya daripada pertubuhan sukan negeri.

 Jadi ia belum lagi satu keputusan yang muktamad," katanya yang ditemui media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Shah Alam, tengah hari tadi.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membidas kerajaan negeri kerana menggunakan slogan Kita Lawan bagi mewakili kontinjen Selangor untuk beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak tahun hadapan.

Titah Tuanku slogan itu digunapakai oleh salah sebuah parti politik sekaligus tidak bersetuju dengan sebarang usaha mencemari bidang sukan dengan elemen politik dan perkauman.

Bagaimanapun respon Azmin itu dilihat agak terkebelakang apabila Amirudin pada hari ini juga memberitahu akan mengubah penggunaan slogan itu selepas mengambil kira titah Sultan Selangor.

Namun Azmin dalam masa sama mendakwa penggunaan slogan itu seolah-olah menjadi isu selepas digembar-gemburkan oleh sesetengah media.

Penggunaan slogan Kita Lawan sebelum ini juga menjadi perhatian Majlis Sukan Olimpik (MOM) yang mendakwa ia boleh dimanipulasi untuk tujuan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL