Slogan ‘Kita Lawan’ PKR Selangor tak sesuai sebagai slogan sukan

Baru-baru ini diberitakan kontinjen Selangor bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2015 akan menggunakan slogan “Kita Lawan” sebagai slogan rasmi.

Jika ianya seakan biasa didengari, mungkin kerana slogan serupa digunakan di dalam beberapa siri protes jalanraya yang dianjurkan PKR di Kuala Lumpur.

Malay Mail menyiarkan laporan tentang perkara itu minggu lalu, dan ianya ditempelak pelbagai pihak dalam bidang sukan. Penulis sukan Haresh Deol yang mendedahkan isu tersebut melalui sebuah rencana, mengkritik langkah mencampur-adukkan sukan dengan politik.

Campurtangan politik di dalam sukan bukan sesuatu yang baru, tetapi selalunya ia berlaku di kalangan parti yang memerintah negara sahaja. Ramai ahli politik BN mendambakan jawatan penting di dalam badan-badan sukan. Ketika Pakatan Rakyat berjaya mengubah corak politik Malaysia pada 2008 dengan menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, mereka kerap membiarkan persatuan-persatuan sukan ditadbir secara sendiri sambil lebih memberi tumpuan kepada isu-isu lebih mustahak.

Sehinggalah naib presiden PKR Azmin Ali berjaya merebut jawatan Menteri Besar Selangor daripada penyandang Abdul Khalid Ibrahim. Azmin, melalui Exco Pembangunan Belia, Sukan, Budaya dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dengan secara agresif melibatkan diri dengan aktiviti sukan di negeri ini. Amirudin juga telah mengambil alih peranan selaku pengurus pasukan bolasepak Selangor dan dilihat berusaha sebaik mungkin bagi mengambil hati peminat-peminat. Dipercayai langkah menggunakan slogan “Kita Lawan” oleh kontinjen Sukma Selangor juga dimulakan gandingan PKR itu.

Sebagai membalas kritikan, Amirudin menulis di akaun Twitter @AmirShari: “Kempen #KitaLawan Denggi di Batu Caves, agaknya ada tak komen dont drag mosquito into politics”

Kemudian pada 30 Mac, Malaysiakini melaporkan Amirudin menjawab gesaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan M Saravanan agar kerajaan Selangor tidak mempolitikkan sukan, dengan berkata Saravanan terlalu sensitif tanpa sebab munasabah. Amirudin juga berkata kontinjen Selangor pada Sukma 2013 pernah menggunakan slogan “Kali Inilah” yang seakan serupa dengan slogan popular “Ini Kalilah” yang digunakan pakatan pembangkang menjelang pilihanraya umum 2013. Dipercayai slogan tersebut dihasilkan seorang Adun di Sabah, Dr Jeffrey Kitingan yang juga pengerusi State Reform Party (Star).

Pastinya Amirudin dan Azmin tidak serius di dalam keputusan itu, tetapi pilihan slogan yang dicetus mereka membuatkan kita teringat taktik serupa yang digunakan kerajaan BN bagi menyambut Hari Merdeka ke-55 pada 2012.

Penggunaan slogan “Janji Ditepati” mendapat tempelak pelbagai pihak, bukan hanya daripada pembangkang. Kemarahan tercetus kerana ianya motto yang sama digunakan sebagai slogan kempen BN menjelang pilihanraya umum yang lalu. Taktik sebegitu seakan hendak mengaburi batas sempadan di antara parti pemerintah dengan kerajaan.

PKR dan Azmin perlu sedar walaupun rakyat Selangor memilih mereka kerana sudah kecewa dengan Umno dan BN negeri, rakyat juga telah penat dengan permainan politik tanpa henti, terutama selepas Langkah Kajang yang digambarkan sebagai bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Mungkin warga Selangor akan lebih bersedia memaafkan BN pada PRU14 kelak. Bagi PKR Selangor, sila faham: Jangan main-main dengan rakyat Selangor. Jangan campur-adukkan sukan dengan politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana