Sedarlah Orang Melayu JAngan Diperbodohkan Oleh Tian Chua .....Perlu Berhenti Racun Minda Belia

KUALA LUMPUR 17 April - Naib Presiden PKR, Tian Chua dinasihat berhenti merosakkan minda anak muda dengan penganjuran kempen demonstrasi Kita Lawan yang dijangka pada 1 Mei depan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah berkata, Tian Chua juga perlu menyelesaikan masalah dalaman parti terlebih dahulu sebelum mengkritik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam apa juga isu.

"Tian Chua ini sejak dahulu sehingga sekarang suka berbangga menggunakan jalan raya sebagai alat melepas perasaan kepada kerajaan.

"Dia hanya menjadikan keadaan kelam kabut dan menyusahkan orang lain. Rakyat juga sudah faham fokus Tian Chua untuk menggunakan orang ramai sebagai strategi peribadi politik PKR," katanya lapor Astro AWANI.

Armand mengulas dakwaan Tian Chua yang memperkecilkan kenyataan Khairy kerana menganggap himpunan #KitaLawan tidak sehebat Perhimpunan Reformasi pada 1998.

Bagaimanapun Tian Chua berkata #KitaLawan merupakan kesinambungan kepada perjuangan mereka dan ia tidak boleh dibandingkan dengan gerakan Reformasi.

Dalam pada itu jelas Armand, Tian Chua harus melihat diri sendiri dan melihat jumlah yang sudah meninggalkan PKR kerana sedar kelemahan parti itu.

"Sejak dahulu mereka merosakkan anak muda terutamanya dengan penganjuran demonstrasi yang sia-sia sekali gus menyusahkan rakyat.

"Ini bukan 1998, sekarang rakyat sudah sedar permainan PKR dan Tian Chua perlu sedar, UMNO tidak pernah takut dengan perhimpunan ini," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana