Secara Terang Terangan Kata ......'Ya, Memang Saya Takut Hudud' - Ambiga

KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga secara terangan menyatakan bahawa beliau takut kepada hukum hudud.

Ambiga berkata, beliau tidak bersetuju bahawa hudud tidak mempunyai kaitan dengan penganut bukan Islam dan turut menganggap akan berlaku ketidakadilan kepada orang bukan Islam

“Sebagai bukan Islam, adakah saya takut terhadap hudud? Ya, memang saya takut. Ini adalah kebimbangan saya.

“Saya tidak setuju jika mengatakan ia tiada berkaitan dengan bukan Islam. Jikalau saya menjadi mangsa di Kelantan kerana dipukul oleh seseorang, apa akan jadi?

“Saya boleh bawa kes itu ke Makhamah Syariah tetapi keterangan saya kurang daripada orang Islam. Adakah itu adil bagi saya sebagai mangsa?

“Jadi, jangan kata hudud tiada kaitan dengan bukan Islam, ia berkaitan dengan semua orang,” kata Ambiga dalam satu forum hudud anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya malam tadi.

Turut bercakap di forum itu ialah ahli panel Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud Kelantan, Azhar Abdullah; Exco Pemuda Umno, Fathul Bari dan Dekan Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Prof Nazari Ismail dan Pensyarah Kanan UM, Siti Zubaidah Ismail.

Ambiga berpendapat bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya membawa isu hudud ke Parlimen dan mendapatkan pindaan perlembagaan dahulu sebelum meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II  1993 (Pindaan 2015).

“Kita tidak boleh setuju dengan cara dan proses yang dilakukan oleh Kelantan. Jika ingin melaksanakan hudud, sila lakukan dengan proses yang betul.

“Bawa dulu ke Parlimen untuk pindaan perlembagaan dan bukannya lulus dahulu di peringkat negeri,” katanya.

Ambiga turut menyatakan bantahan secara jelas terhadap hukum tersebut kerana ianya bercanggah dengan perlembagaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana