RUU Hudud sudah masuk dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat

Rang Undang-undang (RUU) persendirian mengenai pelaksanaan Hudud yang permohonan untuk membentang dan membahaskannya di Parlimen difailkan oleh Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat telah dimasukkan ke dalam senarai aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa.
Hadi dan kerajaan PAS Kelantan berharap ia dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir dua hari lagi pada 9 April.

Bagaimanapun, RUU berkaitan pelaksanaan Hudud itu tersenarai di bawah sekali sebagai giliran terakhir dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, sekaligus bermakna harapan Hadi dan PAS agak tipis.

Menurut peraturan Dewan Rakyat, semua urusan kerajaan adalah menjadi keutamaan untuk diselesaikan sebelum hal-hal lain termasuk sebarang RUU persendirian dibentang dan dibahaskan.

Cadangan pindaan itu menyentuh secara khusus mengenai Seksyen 2 Akta 355 yang menyebut:

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

"2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan." ; dan ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, sesuai dengan kehendak syariah Islam."

Presiden PAS itu mengemukakan notis di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pindaan Akta 355 bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Permohonan tersebut dibuat sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Kod Enakmen Syariah Negeri Kelantan II (1993) 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana