Ridhuan Tee Lagi Belasah Puak ultra kiasu

BANGI, 27 April – “Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”.

Itu ungkapan lucu ditulis oleh penceramah yang sentiasa lantang menghentam puak ultra kiasu, Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang katanya, beliau sendiri berasa loya mendengar Ahli Parlimen puak-puak itu tidak fasih berbahasa Melayu.

Sambil menyindir puak berkenaan yang telah berpuluh tahun dan bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, beliau berkata, ultra kiasu masih gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Masih menggunakan kata-kata “lu” (kamu) dan beberapa perkataan lain seperti terburu-buru menjadi ‘terbulu-bulu’, raja menjadi ‘laja’ dan macam-macam lagi perkataan yang melucukan.

“Sebagai orang Cina, saya akui, memang sukar untuk menyebut perkataan yang ada huruf “R”. Sebutan lori menjadi loli, lari-lali, rama-rama-lama-lama, durian-lulian, rumah-lumah, ragu-lagu. Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…

“Jika minoriti Cina Terengganu dan Kelantan boleh menyebut dengan baik, kenapa orang lain tidak boleh. Bukankah kita bangsa Malaysia. Janganlah dibandingkan dengan Cina di Indonesia dan Thailand. Mereka jauh lebih baik,” katanya dalam tulisan terbaru disiarkan akhbar Sinar Harian, hari ini.

Beliau membidas tindakan mereka yang meletakkan bahasa ibunda lebih tinggi daripada bahasa lain walaupun, Malaysia mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

“Sudah sampai masanya setelah sekian lama peluang diberikan, kerajaan menggubal undang-undang, mereka tidak boleh menguasai BM dengan baik perlu diberikan pilihan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat sesiapa yang mahu menjadi wakil rakyat sama ada pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), paling kurang mendapat kepujian bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita tidak mahu perbahasan di Dewan atau Parlimen seperti pasar malam. Amat malu melihat gelagat wakil rakyat hari ini berkelakuan seperti budak-budak,” katanya.

Radhuan Tee juga membidas wartawan ultra kiasu yang gagal menguasai bahasa Malaysia dengan baik apabila gagal memahami jawapan yang diberikan dalam bahasa Malaysia.

“Siapakah mereka? Sudah tentu wartawan ultra kiasu. Sudahlah wakil rakyat tidak boleh menggunakan BM dengan baik, wartawan yang melaporkan berita pun sama. Apakah kualiti berita mereka boleh dipercayai? Sudah tentu tidak.

“Buktinya berita mengenai saya yang ditahan di lapangan antarabangsa Kuching, gara-gara saya tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Media mereka tanpa usul periksa memutar belit berita tersebut mengatakan saya ditahan. Walhal saya tidak pernah menjejak kaki pun di tempat tersebut.

“Kedua, berita mengenai anak saya yang dikatakan memalsukan sijil SPM. Wartawan Bernama yang pertama sekali mendapat berita tersebut, pada 24 November 2014, melaporkan anak saya adalah mangsa pemalsuan sijil oleh ejen.

“Tiba-tiba keluar dalam media mereka, beritanya adalah, anak saya terlibat dalam pemalsuan sijil SPM. Saya menjadi mangsa kutukan dunia, sehingga ke hari ini, untuk mematikan karakter saya.

“Menyedari pembohongan itu, wartawan Bernama menelefon saya mengatakan bahawa beritanya telah diputar belitkan. Empat jam selepas itu, berita tersebut bertukar mengikut apa yang dilaporkan Bernama yakni anak saya menjadi mangsa penipuan. Inikah kualiti laman sosial yang dipertahankan ultra kiasu?

“Saya telah membuat laporan polis tentang perkara tersebut. Saya bertanya kepada wartawannya, kenapa berita mengenai saya diputar belitkan? Maka jawapannya, itu adalah kerja editor kanan yang telah mengedit berita yang telah dibuat. Berita ini juga turut dipetik oleh akhbar Cina.

“Peliknya, apabila pengarang tersebut ditangkap untuk disoal siasat berhubung pemalsuan berita mengenai hudud dan Raja-Raja Melayu, wakil rakyat ultra kiasu pakat-pakat berpakaian hitam di Parlimen dan DUN, sebagai tanda protes, membelakangkan raja Melayu.

“Inilah kebobrokan. Mereka semua betul, kita semua salah. Saya sendiri pernah bercakap dengan wartawan kanan berbangsa Melayu yang ditangkap itu. Kenapa saya sentiasa menjadi target berita. Jawapannya, itu memang kerja mereka, kerana saya adalah target, public figure. Nasihat kepada semua, jangan bertindak ‘terbulu-bulu’ (terburu-buru),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana