PRK Rompin: Orang di sini lebih kenal saya, kata calon BN...Ingat Tu Janji Mesti Dikotakan.

ROMPIN: "Orang Rompin lebih kenal saya,". Itu jawapan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Ariffin ketika ditanya mengenai dakwaan PAS yang mengatakan beliau gagal membangunkan Rompin semasa pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang dahulu.

Ujar Hasan, beliau menyerahkan kepada pengundi di parlimen ini untuk menilai sendiri pencapaian dan perkhidmatannya selama pernah berkhidmat di parlimen ini dan peringkat kerajaan negeri.

"Sebab saya diterima oleh kerana semasa saya wakil rakyat, saya menghabiskan seluruh masa saya untuk membangunkan Rompin. Jadi saya rasa orang Rompin lebih tahu. Kalau rekod saya tak bagus, mungkin dah ada dengar sana sini bercerita tentang diri saya.

"Alhamdulillah saya belum dengar lagi lah," ujarnya kepada pemberita selepas hadir di Persidangan Umno Cawangan Selendang 1, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media pagi tadi mendakwa calon BN itu gagal melakukan pembangunan yang berkesan sewaktu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar dan ADUN Bukit Ibam dahulu.

Dakwa Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, Parlimen Rompin boleh diibaratkan sebagai 'terbiar' kerana tidak diberi perhatian sewajarnya.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga bekas ADUN Bukit Ibam menangkis dakwaan berkenaan kerana katanya, berdasarkan maklum balas daripada pengundi sewaktu 'turun padang', jelas diri beliau masih diterima untuk meneruskan khidmat di Parlimen ini.

"Alhamdulillah saya rasa bertuah dan terharu kerana pengundi dalam Parlimen Rompin masih menerima saya untuk terus berkhidmat kepada mereka," ujarnya.

Dalam PRK Rompin, 5 Mei ini, Hasan akan bertembung dengan calon muda PAS, Nazri Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana