POTA dan KESERABUTAN Pakatan Pembangkang...Saling Tunding Menunding Jari...Marahnya

KETIKA disebut-sebut bahawa Akta Pencegahan Keganasan (POTA) mahu dibentangkan, pemimpin pakatan pembangkang mengamuk sakan. Di pentas-pentas ceramah kerajaan dimaki hamun kerana mahu membentangkan POTA yang kononnya dianggap zalim dan satu usaha mengembalikan roh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di laman sosial, pemimpin pembangkang mengutuk keras akta tersebut dengan membayangkan bahawa pelaksanaannya akan menyebabkan ramai orang politik seperti mereka akan ditahan.

Ironinya, selepas pung pang pung pang seantero Malaysia mengutuk akta ini, akhirnya ia dibentangkan di Parlimen dan percaya atau tidak, hanya 60 daripada 86 Ahli Parlimen pembangkang ada di dewan untuk mengundi!

(Dahulu ada 89 MP pakatan tetapi hilang tiga selepas tewas dalam PRK Teluk Intan, pemecatan MP Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim dan hukuman kesalahan liwat DS Anwar Ibrahim (Permatang Pauh).

Akta itu akhirnya diluluskan tanpa sebarang pindaan dengan 79 menyokong, 60 menentang.

Ini bermakna hampir 30 peratus MP pakatan pembangkang tidak mengundi. Mereka yang tidak mengundi ini bukan calang-calang orang - merekalah antara yang lantang menentang POTA sebelum ini. Antaranya:

1. Ketua Whip PKR, Johari Abdul (tinggalkan dewan lebih awal).
2. Ketua Whip PAS, Mahfuz Omar (balik Kedah, tak tahu ada pengundian).
3. MP Subang PKR R. Sivarasah (Berada di Australia)
4. Lim Guan Eng DAP Bagan (luar negara)
5. Rafizi Ramli PKR Pandan
6. Liew Chin Tong DAP Kluang (luar negara
7. Dr Michael Teo PKR Miri (sibuk dengan komitmen lain)
8. Datuk Takiyuddin Hassan PAS’ Kota Baru (ada urusan penting)
9. Siti Zailah Mohd Yusoff PAS Rantau Panjang
10. Abdul Hadi Awang PAS Marang
11. Siti Mariah Mahmud PAS Kota Raja
12) Kamarudin Jaffar PAS Tumpat

Difahamkan, isu ketidakhadiran MP pakatan dalam pengundian itu menyebabkan masing-masing menuding jari. Pemimpin PKR dan DAP mula menyalahkan PAS kerana menjadi antara pemimpin pakatan paling ramai yang tidak hadir.

PAS pula meminta pemimpin PR lain supaya tidak hanya pandai menuding jari kerana ada pemimpin kanan mereka bukan sahaja tidak berada dalam dewan, malah berada di luar negara ketika akta penting itu mahu dibentangkan.

Bayangkan, hendak berpakat untuk mengundi dalam Dewan Rakyat pun mereka tidak mampu, bagaimana hendak berpakat membina sebuah kerajaan? Memang benar, pemimpin BN pun tidak hadir sepenuhnya tetapi isu itu tidak berbangkit kerana mereka menang dalam pengundian ini.

Kalau ada komitmen penuh dari pemimpin pakatan, tiada keraguan mereka boleh membuat kejutan dengan menjadikan MP BN terpinga-pinga kerana tidak cukup korum. Tetapi hakikatnya mereka tidak sepakat, malah mula menyalahkan sesama sendiri.

Ini bukan kali pertama isu ponteng MP pakatan ditimbulkan. Ketika pembentangan Akta Pencegahan Jenayah pada tahun lalu pun, MP pakatan tidak berada dalam dewan walaupun sebelum itu mereka berapi-api menentang sebelum itu. Perkembangan terbaru ini sekadar cerita ulangan.

Hakikatnya, itulah kualiti pembangkang di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana