Polis tangkap kartunis Zunar Selepas Membayar Ikat Jamin...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR: Polis menangkap kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Beliau ditangkap selepas selesai membayar ikat jamin untuk 9 pertuduhan mengikut Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya sebelum itu.

Peguam Latheefa Koya berkata Zulkiflee yang lebih dikenali sebagai Zunar, ditangkap 2 anggota polis tengahari tadi.

"Dia diberi 30 minit untuk makan tengahari sebelum dibawa ke balai polis Dang Wangi," katanya.

Peguam Michelle Yesudas sedang dalam perjalanan menuju ke balai polis itu, kata Latheefa.

Memetik laporan The Malaysian Insider, beliau berkata kartunis politik itu akan ditahan untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan yang Zunar akan disoal siasat berhubung sekeping gambar di laman Facebook yang menampal wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas badan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli yang memakai pakaian lokap berwarna ungu.

Gambar tersebut dipaparkan di media sosial itu oleh laman Kelab Peminat Kartunis Zunar, yang menurut Latheefa, di luar kawalan kartunis itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana