PKR Minta Ampun Dulu Pada Hadi Baru Dapat Bantuan Jentera Dari Pas..hahaha Padan Muka Nenek kipas!!

PULAU PINANG 16 April - Dewan Pemuda Pas negeri memberi kata dua kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri untuk menarik balik dan memohon maaf berhubung desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada parti itu.

Ketuanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, permohonan maaf menerusi sidang akhbar itu perlu dibuat segera sekiranya AMK negeri berhasrat menggunakan jentera Pas dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Menurut beliau, ahli-ahli Pemuda Pas negeri masih ‘terasa hati’ dengan kenyataan AMK ne­geri itu sekali gus berasa tidak selesa untuk meneruskan kerjasama.

Malah, beliau turut menegaskan, ahli-ahli Pemuda Pas negeri juga tidak selesa untuk bekerjasama dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri dalam program di bawah pembangkang sepanjang kempen PRK tersebut yang sebelum ini bertindak memutuskan kerjasama dengan mereka.
“Sekiranya mahu menggunakan jentera kami di semua pe­ringkat, kita mahu AMK memohon maaf terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana