PKR goyang.... AMK dakwa ADUN PAS Permatang Pasir akan bantu parti itu

Benar atau tidak bertentangan dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin mendakwa ADUN PAS Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man akan mengetuai jentera di situ.
Jika lihat kenyataan yang bertentangan inji, nampaknya AMK sudah 'pegang' orang besar PAS dan sudah pasti wujud perpecahan dikalangan jentera dan ahli PAS dalam DUN tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Selain kisah Salleh Man akan ketuai jentera PAS, menurut Dr Afif, hukum hudud yang menjadi pertikaian antara DAP dan PAS, bukanlah isu besar yang perlu dibangkitkan oleh Pakatan sepanjang kempen.

Sebaliknya beliau mendakwa hukum hudud merupakan isu yang menjadi fokus media arus perdana sahaja.

Menurutnya PKR dan dua rakan sekutunya (DAP dan PAS) dalam Pakatan Rakyat di peringkat negeri Pulau Pinang telah mencapai persetujuan bersama dalam mengetengahkan segala isu.

"Terdapat banyak isu...isu-isu yang lebih prihatin kepada orang ramai dan pengundi di Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada hukum hudud akan menjadi antara isu dalam kempen Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri turut mengulangi kenyataan bahawa DAP dan PAS telah memberi komitmen dan menyatakan sokongan terhadap calon yang bakal dipilih PKR pada pilihan raya kecil itu.

"Kami telah bertemu dan mengadakan mesyuarat. Bahkan ADUN PAS Datuk Mohd Salleh Man akan mengepalai untuk DUN Permatang Pasir, untuk jentera PAS bantu PKR dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana