PAS Perak Hilang Kepercayaan Terhadap Nizar

MALIM NAWAR 13 April - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin gagal mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar yang dipegangnya selama 14 tahun, apabila tewas kepada pencabarnya, Mohd Sofian Rejab.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar kali ke-27 di Kampung Tersusun Malim Nawar di sini, semalam.

Peralihan kuasa juga berlaku bagi jawatan Timbalan YDP Pas Kampar apabila penyandangnya, Amran Harun tewas kepada calon baharu, Anuar Morat.
Bagaimanapun, bagi jawatan Naib YDP Pas Kawasan Kampar, Abdul Hamid Alang mengekalkan jawatan tersebut bagi penggal ini.

Kekalahan Mohammad Nizar yang juga Pengerusi PR Perak dipercayai dipengaruhi isu kenyataan bersama PR Perak mengenai isu Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang dikeluarkan sebelum ini.

Selain itu, isu hilang kepercayaan yang diluahkan oleh Dewan Ulama Pas Negeri baru-baru ini terhadap Mohammad Nizar juga, sedikit sebanyak memberi kesan kepada perubahan kepimpinan  Pas Kawasan Kampar.

Keputusan berkenaan dilihat sebagai satu kejutan besar di dalam kepimpinan Pas Perak memandangkan Mohammad Nizar sudah pun menerajui kawasan itu dalam tempoh lama.

Sementara itu, Mohd Sofian berkata, beliau akan berusaha melakukan yang terbaik selepas diamanahkan untuk menggalas jawatan selaku YDP Pas Kawasan Kampar.

“Saya bukanlah yang terbaik, namun selagi kita menganjur dan mengembangkan syariat Islam, Insya-ALLAH, semuanya akan berlangsung sepertimana yang diinginkan,” katanya.

Beliau berkata, misi utamanya adalah untuk menarik lebih ramai sokongan masyarakat sekitar bagi memperkasa dan memperkemaskan lagi jentera Pas Kawasan Kampar.

“Itu perkara utama yang akan dilakukan dan saya berharap usaha kita ke arah itu akan membuahkan hasil,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha PR Perak, Dr Khairuddin Abd Malik turut menerima nasib sama apabila beliau tewas kepada Salleh Said bagi jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun yang sebelum ini menerajui kawasan itu selama lapan tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana