PAS kaji semula kedudukan dalam PR jika DAP tarik diri...Jangan Cakap Saja

PAS hanya akan mengkaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat jika ditendang daripada gagasan itu atau sehingga DAP menarik diri daripada kerjasama itu.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata biarpun DAP kerap mencemuh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu tetap menyatakan komited dengan Pakatan Rakyat.

"Kita juga tidak bincang mengenainya walaupun DAP secara terang mengecam kepimpinan presiden PAS sehingga DAP menyuarakan hasrat mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan BN sebagai tindak balas dan rasa tidak puas hati terhadap PAS.

"Kita tidak bincang perkara itu atau cuba membawa keluar PAS daripada Pakatan kerana kita mahu yakinkan ahli bahawa kita konsisten.

"Kecuali dia (DAP) buat keputusan untuk tarik diri daripada Pakatan atau menendang PAS keluar daripada Pakatan, baru kita akan menjawabnya," katanya dalam wawancara bersama Akhbar Berita Harian Ahad.

Beliau menjawab soalan berhubung sejauh mana hubungan PAS dengan DAP dan PKR khususnya selepas kerajaan Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bulan lalu.

Kemelut PAS dan DAP semakin meruncing apabila parti Islam itu meluluskan enakmen undang-undang hudud di Kelantan serta  ingin membentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen.

Natijahnya, DAP secara terang-terangan mengkritik PAS dan meminta parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

PAS pula dalam reaksi balasnya meminta DAP dan PKR agar menghormati hak demokrasi parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana