PAS akan bertanding di Rompin, kata Tuan Ibrahim...Adakah PAS mahu Test Pengundi?

PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calonnya di pilihan raya kecil (PRK) Rompin akan datang, kata naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Terima kasih kerana tidak bertanding di Chempaka tetapi kami tetap akan bertanding di Rompin.

“Ini diputuskan oleh jawatankuasa pusat PAS yang bermesyuarat malam tadi,” kata Tuan Ibrahim dalam satu posting di Facebook hari ini, lapor The Star Online.

Beliau berkata, tiada sebab untuk PAS untuk memberi laluan kepada Umno memandangkan kerajaan menyukarkan kehidupan rakyat dengan memperkenalkan GST sementara meneruskan pembazirannya dengan kewangan negara.

“PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang meminta PAS supaya tidak bertanding di PRK Rompin bagi menjimat wang, masa dan tenaga kedua-dua pihak. Jika begitu, adakah mereka akan memberi PKR kemenangan percuma di Permatang Pauh menggunakan pertimbangan sama,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau menambah, pilihan raya kecil Rompin akan memberi penduduk satu platform bagi aduan dan rungutan untuk didengar dan disiarkan di media.

Beliau juga berkata, walaupun Umno tidak bertanding di PRK Chempaka, ia tidak bermakna Umno menganggap PAS sebagai sahabat.

Pengundian bagi PRK Rompin akan diadakan pada 5 Mei.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 22 April manakala pembuangan undi awal diadakan pada 30 April.

PRK ini diadakan berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helicopter pada 4 April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana