Panasss...Mana Mahu Lariiiii!!!! Mustafa Ali hanya tinggal dua hari sahaja lagi, kata Usin Ceroi

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya tinggal dua hari untuk membuat keputusan sama ada mahu menyiasat Mohamad Sabu atau tidak berhubung pendedahan Timbalan Presiden PAS itu dikatakan terlibat dalam komplot menjatuhkan presiden parti itu.

Amaran itu dibuat pengendali laman Facebook Tuc Tok Usion Ceroi, pagi ini.

Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat mengenai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada pemilihan PAS akan datang.
Mustafa sebelum ini memberitahu tiada siasatan akan dibuat terhadap Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, berikutan tiada sebarang aduan dibuat membabitkannya.

Beliau juga sebelum ini pernah meminta agar Usin Ceroi tampil dan membuat aduan sebelum jawatankuasa siasatan khas memanggil dan menjalankan siasatan ke atas Mat Sabu.

Namun sehingga kini, Usin Ceroi gagal berbuat demikian.

Mustafa sebelum ini dihambat kontroversi pendedahan sebuah video seks yang memaparkan seorang lelaki miripnya dan pasangannya sedang melakukan hubungan intim.

Mustafa menafikan beliau adalah lelaki itu dan menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang. Bagaimanpun sehingga kini kes itu tiada sebarang tindakan susulan.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu PAS kini berpecah akibat hasutan-hasutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah beliau sendiri menjadi mangsa serangan laman Facebook ini.

Antara laman facebook itu adalah El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut.

Mujahid mendakwa kesemuanya laman Facebook ini aktif menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS dari Pusat, negeri dan peringkat kawasan menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana