Panas Ni...."Jangan Harap Kami Tolong" - Pemuda PAS Pulau Pinang

PETALING JAYA: Jentera Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan dikerahkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, demikian ditegaskan ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah.

"Kami tak boikot, cumanya tak akan ada kerahan jentera. Jangan harap PKR dapat guna jentera Pemuda PAS Pulau Pinang di Permatang Pauh nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mohd Yusni berkata demikian susulan permintaan supaya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menarik balik penghinaan dan mengemukakan permohonan maaf terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak minggu lalu yang tidak dilayan.

Ditanya sama ada keengganan Pemuda PAS untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh akan dianggap mengingkari arahan parti, Mohd Yusni bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan boikot.

"Bukan boikot, tak pernah keluar arahan begitu. Tapi kalau AMK tak mahu mohon maaf juga, kami Pemuda PAS akan tengok saja kempen itu nanti. Jangan harap kami tolong.

"Siapa (Pemuda PAS) yang nak turun, turunlah (berkempen). Tiada halangan kepada mereka. Tapi anda tak akan lihat jentera kami...itu sahaja," katanya.

Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan arahan rasmi daripada PAS Pusat supaya jentera di semua peringkat di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak membantu kempen sekutu mereka di Permatang Pauh.

Kemelut pakatan pembangkang diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tercetus ekoran kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin yang sebelum ini dengan lantang meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana