Padan Muka...Kantoiii....Restoran Caj GST, SST Berjaya Dikesan

KOTA BHARU 8 April - Seorang pemilik restoran makanan segera di sini diberi notis kerana mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 16 peratus kepada pelanggan.
   
Pengarah pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, tindakan pemilik premis itu dikesan dalam Ops Pemantauan GST di sini, malam tadi.
   
"Walau telah mengenakan caj GST dalam hidangan makanan dan minumannya, restoran makanan segera itu tetap mengenakan SST dengan caj kedua-duanya mencecah 16 peratus," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pejabatnya telah mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga itu.  
   
"Maklumat dalam notis itu perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada jabatan dalam tempoh tiga hari bekerja tanpa gagal," katanya.
   
Jika gagal, tindakan mahkamah terhadap pemilik restoran itu, kata beliau.
   
Abdul Ghani berkata, jika sabit kesalahan peniaga terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau RM1 juta.
 
Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa peka dengan harga yang dikenakan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan.

Di KOTA KINABALU, dua tindakan kes dikenakan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 terhadap peniaga di sekitar Penampang membabitkan nilai rampasan sebanyak RM230.

Pengarah Pejabat KPDNKK Sabah, Severinus Tukah berkata tindakan diambil ketika operasi Anti Pencatutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Ops Catut-GST) ketujuh, pada Selasa.

Katanya terdapat peniaga di sekitar Penampang menggunakan alat timbangan tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan.

"Dalam operasi itu juga, satu Notis 21 telah dikeluarkan kepada peniaga restoran di Penampang kerana menaikkan harga makanan di premis mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pada operasi hari ketujuh itu, pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menjalankan sebanyak 958 pemeriksaan di seluruh negeri yang antara lain membabitkan pemborong, peruncit, pasaraya besar, kedai runcit dan restoran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana