Mat Sabu seru pemimpin PR hadir himpunan #BatalGST 1 Mei ini...Ini Semuanya Bangang Belaka

SHAH ALAM: Pemimpin Pakatan Rakyat diseru hadir pada himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang akan diadakan 1 Mei ini.

Ketua penganjurnya, Mohamaad Sabu berkata himpunan itu sepatutnya dihadiri ramai pemimpin dan rakyat memandangkan masing-masing terkesan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tidak dapat dipastikan samada seruan itu dibuat memandangkan himpunan #KitaLawan sebelum ini anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR tidak mendapat sambutan kalangan pemimpin DAP dan juga PAS.

Kegagalan pemimpin kanan dalam Pakatan Rakyat menyaksikan himpunan #KitaLawan itu berlangsung dengan hambar setiap kali diadakan.

Malah Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut serta dalam himpunan itu.

"Pemimpin (Pakatan Rakyat) diharapkan akan hadir pada hari tersebut. Kalau Dr M nak hadir pun dialu-alukan sebab dia sekarang jadi hero menentang GST," kata Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kalau boleh kita sasarkan seramai yang mungkin. Mungkin 1 juta. Ini isu rakyat. Jadi mereka (rakyat) akan terpanggil untuk datang.

"GST ini semua kaum terlibat, jadi semua kaum marah," katanya pada sidang media Batal GST #KamiSemuaTokJanggut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Tun Mahathir akhir-akhir ini kerap mengkritik kerajaan bersabit GST, namun beliau menegaskan ia adalah pandangan peribadinya.

Malah beliau memberi jaminan untuk tidak sesekali bersekongkol dengan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Mat Sabu memberitahu, ketua polis daerah Dang Wangi akan dimaklumkan mengenai himpunan itu, hari ini.

"Lebih 50 pertubuhan politik, kesatuan sekerja, organisasi massa, NGO dan tokoh terkemuka seperti sasterawan negara Datuk A Samad Said, D Muhammad Salleh, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ramai lagi akan menghadiri himpunan ini," katanya.

Himpunan itu akan berlangsung selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.30 petang dan para peserta himpunan dialu-alukan berpakaian merah sebagai warna rasmi perhimpunan itu serta berkumpul di empat lokasi iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank.

Kemudian, para peserta akan bergerak perlahan-lahan daripada Dataran Merdeka menuju lokasi kemuncak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana