Mat Sabu Nak Cover tu.....Enggan Bantu PRK Pmtg Pauh Hanya Pandangan Pemuda PAS - Mat Sabu

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kenyataan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pandangan dewan pemuda itu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sehingga kini kepimpinan PAS pusat belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berhubung perkara itu.

"Saya anggap ia sekadar pandangan daripada mereka, tiada apa-apa tindakan akan diambil...tengoklah bila bermula pilihan raya nanti.

"Sesiapa pun boleh beri pandangan, namun keputusan parti akan dipatuhi oleh semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Jelutong di sini, Ahad.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah yang dipetik sebagai berkata bahawa mereka tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut menyifatkan isu itu adalah masalah dalam rumah tangga parti dan semua isu berbangkit itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti.

"Kami bermesyuarat setiap bulan, jadi kami akan bincang semua isu itu...tidak ada masalah. (Buat masa ini) kami akan tumpu pada pilihan raya.

"Bulan depan di minggu kedua, kita akan mesyuarat dan bincangkan isu ini.

Kita bincang isu ini dalam rumah tangga parti. Perkara-perkara seperti ini bukan benda baharu dalam politik," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana