Mat Sabu bersuara... mahu tindakan tegas kepada Pemuda PAS Pulau Pinang

Selepas lama menyepi... Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Mat Sabu pemimpin kanan paling tidak popular dalam PAS kini berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mat Sabu.

Mat Sabu yang dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan jawatan nombor dua parti hanya mendapat sembillan undi  dari 116 kawasan yang sudahpun adakan mesyuarat tahunan sehingga 21 April lalu.

Dari angka pencalonan yang berjaya dikumpul buat masa ini Tuan Ibrahim yang kini Naib Presiden PAS sudah dapat 78 pencalonan. Mat Sabu dilihat tidak membawa inspirasi golongan ulama dalam PAS selepas kemenangan besar Pakatan pada PRU13 lalu.

Pemuda PAS Pulau Pinang pada Ahad dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga Sabtu.

Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana