Lantik penasihat ekonomi baru... Anwar tak layak dah

Kerajaan Pakatan di Selangor perlu menukar Penasihat Ekonomi mereka yang kini dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan orang baru kata ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Menurut beliau setelah Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada Februari lalu, Selangor seharusnya memikirkan pengganti beliau bagi memacu ekonomi negeri.

"Macam mana nak jadi penasihat kalau duduk dalam penjara? Ada 50,000 banduan dalam penjara dan ketua penjara kata layanannya sama tiada istimewa dengan penasihat ekonomi Selangor dengan banduan-banduan lain.  

Negeri Selangor yang dinamik, cabaran besar perlu maju ke hadapan mengekalkan penasihat yang terkekang atau terhad keupayaannya," katanya dalam sidang media di lobi SUK Rabu.

Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah menurut Shamsudin, sekiranya Selangor masih mengekalkan Anwar sebagai penasihat beliau bimbang ekonomi Selangor terjejas, apatah lagi kedudukan Selangor dalam pelaburan kini semakin merosot.

"(Ada) kekangan, dia nak menelaah data mana? Dia kena mengkaji. Seorang penasihat ekonomi mesti ada sistem maklumat di sekeliling dia, perlu merujuk data-data (dan) pakar-pakar (ekonomi).

"Tuanku telah bertitah Selangor perlu maju ke hadapan, mesti mencapai tahap kecemerlangan. Kita dari segi pelaburan dah turun ke tangga 5, jadi kita dah mula ketinggalan dengan negeri-negeri lain," katanya yang juga merupakan bekas Ketua Pembangkang Selangor.

Beliau turut memberi cadangan untuk Selangor melantik penasihat di kalangan Pakatan yang mempunyai pakar-pakar ekonomi selain Anwar.

"Di kalangan Pakatan sendiri, takkan tak ada pakar-pakar ekonomi hebat? Banyak di luar sana, mengapa tak ambil mereka? Ambil saja jadi penasihat ekonomi Selangor bagi membangunkan Selangor. Kita perlu bergerak ke hadapan," jelasnya.

Februari lalu Menteri Besar Azmin Ali menegaskan Anwar kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun dipenjarakan.

Ini kerana Selangor masih memerlukan khidmat nasihat serta tunjuk ajar daripada bekas menteri kewangan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana