Kit Siang Bukan UGUT Pas, Tapi Cabar UNDI Melayu!!

menyirap rasa hati bila baca kata-kata Kit Siang si Penasihat Dap yang dulu, kini dan selama-lamanya (selagi hayat dikandung badan). Kit Siang bercakap dia umpama Tuhan yang menentukan kalah menang Pas pada PRU yang akan datang.

Walaupun ada betulnya undi Pas pada PRU yang lepas, banyak bergantung pada undi kaum lain, tetapi Dap perlu ingat, Pas ketika itu ditolak oleh kaum Melayu kerana Pas dilihat menjadi boneka Dap.

Melayu yang masih mengundi Pas (ketika itu) pun, sama ada dia penyokong tegar, ataupun penyokong Anwarinas (kini nama PasMa). Sebab itu Pas tewas teruk dibeberapa tempat tegar melayu dan Kelantan pun Pas cuma menang tipis.

Kata-kata Kit Siang tu, penulis nampak ianya seperti cabaran pada semua orang Melayu (yang benar berjiwa melayu Islam), bukan hanya pada Pas sahaja.

Pernahkah Kit Siang fikir jika UMNO dan Pas bersama, undi melayu juga akan turut bersatu? Mungkin ada 20% melayu yang sanggup jadi boneka mereka, namun selebihnya akan bangkit bersama dan menolak Dap dan boneka Melayu habis-habisan.

UMNO juga walaupun parti Melayu, namun masih mempunyai penyokong dari kalangan kaum lain. Malah kita boleh percaya jika Melayu bersatu dan kuat, kaum lain juga akan kembali menyokong pada mereka yang memegang tampuk kuasa.

Jangan dikira undi Melayu sekarang, kerana waktu PRU 13 Melayu berpecah 3. Percayalah sejarah membuktikan segalanya.

Jangan ditanya dimana MCA, MIC dan Gerakan, kerana ketiga parti itu dan parti komponen BN yang lain, akan tetap setia bersama BN jika UMNO bergabung dengan Pas dan menjadi kuasa dominan.

Siapa lagi berani melawan jika Melayu Islam kuat? Tulisan ini bukan bermaksud penulis rasis, tapi hanya geram membaca kata-kata Kit Siang.

Namun tak salah jika ianya benar berlaku, kerana itulah jalan sebaiknya jika Melayu mahu terus
berkuasa dibumi Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana