JASA : Kenapa Mahathir Tiba-Tiba Bangkit Isu Altantuya?

KUALA LUMPUR 4 April - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), akan mengambil inisiatif dalam menangkis tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang secara drastik membangkitkan isu tersebut.

"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?

"Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam laman berita Astro Awani hari ini.

Beliau menegaskan,  JASA akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir.

Katanya,  pihaknya tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.

Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib dalam pembunuhan model itu.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana