Helikopter terhempas di Semenyih...salah seorang penumpang MP Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Sebuah helikopter terhempas dekat Semenyih 4.45 petang ini.Salah seorang dari enam orang dalam helikopter berkenaan ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yakni Pengerusi PRIMA dan Ahli Parlimen BN kawasan Rompin,Pahang.

Pihak Bomba telah berkejar ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan.Setakat jam 7.30 malam lima mayat telah ditemui.Seorang lagi belum ditemui.
Bagaimanapun setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenalpasti.

Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Jamaluddin berada di Kuantan sejak semalam kerana menghadiri beberapa acara.

Petang ini mereka dikatakan pulang selepas menghadiri kenduri anak Perdana Menteri di Pekan.

Dalam perjalanan pulang,helikopter itu dikatakan singgah sekejap di Rompin untuk menurunkan seorang pegawai Jamaluddin di situ.

Ia kemudian meneruskan penerbangan menuju Kuala Lumpur bila mana terhempas dekat Semenyih.

Jamaluddin dikatakan bergegas pulang untuk menghadiri satu majlis kenduri rakan karibnya di Kuala Lumpur malam ini.

Juga dikatakan salah seorang penumpang helikopter itu ialah seorang pegawai kanan di pejabat Perdana Menteri.

Selain itu seorang tokoh korprat juga penumpang dan pengawal peribadi Jamaluddin.

Dua lagi ialah juruterbang dan pembantu juruterbang helikopter berkenaan.

Helikopter jenis Dauphin itu dikatakan milik sebuah syarikat korprat terkemuka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana