Gambar....Syabas Rakyat Perak!!!! Rakyat berhimpun bantah penghinaan pembangkang Sultan Perak

Satu perhimpunan aman dianjurkan pagi Isnin oleh beberapa pertubuhan NGO tempatan di Ipoh sebagai tanda menunjukkan sokongan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Bantahan itu ditujukan khas kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (26 orang ADUN) yang memakai baju berwarna hitam pada hari Sultan Perak merasmikan pembukaan sidang DUN minggu lepas.

Bantahan diluar perkarangan bangunan “state secretariat” (diluar dewan sidang DUN Perak) didlihat menimbulkan rasa kurang senang beberapa wakil rakyat pembangkang.
Mereka memohon speaker bertindak kerana membimbangkan keselamatan mereka yang menghadiri persidangan hari terakhir DUN Perak itu.

Sebelum ini walaupun diasak dengan pelbagai desakan  dibuat oleh sebilangan rakyat kesemua wakil-wakil rakyat pembangkang itu terus berdegil masih enggan memohon maaf secara terbuka. Ia memberi petanda bahawa perbuatan mereka itu tidak bersalah serta dibolehkan.

Setengah daripada mereka hanya berani didepan Menteri Besar memaklumkan kekesalan kelakuan tempoh hari tetapi secara terbuka tidak menunjukkan rasa kesal. Ia menyebabkan rakyat merasa keciwa sikap kebiadapan mereka dan hipokrasi ini.

Geram dengan perbuatan biadap wakil-wakil rakyat pembangkang, pagi tadi lebih  1,000 orang mewakili pelbagai pelbagai NGO tempatan menyertai perhimpunan aman di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut sama dalam bantahan itu ialah PERKASA Perak, Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM), Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, penuntut tahfiz dan sekolah-sekolah pondok serta Pergerakan Pemuda UMNO negeri Perak.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi ketika diminta mengulas bantahan itu berkata perhimpunan aman yang diadakan buat kali kedua itu diadakan sebagai membantah tindakan wakil pembangkang yang dikatakan mencabar ketuanan institusi diraja.

Beliau merujuk kepada pertama kali Sultan Perak Sultan Nazrin mencemar duli merasmikan istiadat sidang DUN sebagai Sultan Perak ke35 tetapi 26 ADUN pembangkang, termasuk dari PAS,tidak menghormati baginda sebaliknya memakai pakai serba hitam.

Untuk rekod,perhimpunan pagi tadi turut diwakilii kaum Cina, India dan Melayu yang tidak menginginkan mana-mana pihak menghina kedaulatan institusi Kesultanan Perak.

"Kami juga sebulat suara mencadangkan agar darjat kebesaran Datuk Seri dan Datuk golongan pembangkang yang memakai pakaian hitam pada hari pertama sidang DUN ditarik balik," katanya.

Menjawab soalan, Shamsul mengesahkan satu himpunan jauh lebih besar dibuat secara aman untuk kali ketiga tidak lama lagi dan mereka akan berarak ke kawasan istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana