Dua diburu hina azan melalui Facebook...Tolong Sebarkan

PULAU PINANG 16 April - Polis sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu kes menghina agama Islam melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua lelaki itu dikenal pasti sebagai S. Arulsevam, 29, dan Mohamad Azly Anuar, 23.

Katanya, kedua- dua lelaki itu merupakan bekas pekerja kepada Ivan Goh Lee yang sebelum ini dikaitkan dengan tindakan menghina agama Islam dan raja-raja Melayu serta orang Melayu melalui Facebook.

“Ivan Goh membuat laporan polis bagi menafikan penglibatannya dalam kes berkenaan dan siasatan awal mendapati beliau mempunyai satu akaun Facebook lain yang di­sahkan miliknya apabila gambar bersama ahli keluarga turut dimuatkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam sebanyak 19 laporan polis dibuat berhubung satu akaun Facebook yang mempertikai azan dan menjadi viral di internet.

Menurut Mior Faridalathrash, sehingga kini 22 laporan polis dibuat pelbagai pihak dan 22 saksi telah dirakam keterangan termasuk Ivan Goh.

Katanya, pihaknya turut be­kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik sebenar akaun ber­kenaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 C Akta Hasutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana