DAP mahu Wan Azizah jadi Ketua Pembangkang....wowww DAP mahu tu...

PERMATANG PAUH: DAP dikatakan mahu Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan Ketua Pembangkang berbanding timbalan beliau yang juga Menteri Besar Selangor Azmin Ali, lapor The Star Online.

Jika Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, beliau akan mengambil alih kerusi dipegang oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Kerusi parlimen Permatang Pauh itu kosong selepas petisyen oleh keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan Agong ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Penamaan calon bagi PRK itu ditetapkan pada 25 April manakala pembuangan undi akan diadakan pada 7 Mei.

Seorang pemerhati politik berkata, PKR Permatang Pauh tidak sekata dari segi siapa calon untuk bertanding.

“Daripada lima kumpulan dalam PKR, tiga menolak Dr Wan Azizah sebagai calon. Mereka juga langsung tidak mahu mana-mana ahli Anwar bertanding kerusi itu.

“PKR wajar mendengar rungutan di peringkat bawah. Secara umumnya, orang ramai sudah muak dengan drama keluarga Anwar.

Pada 2008, Dr Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya bertanding. Katanya, beliau hanya mahu bersara dan menjaga cucu-cucunya.

“Orang ramai hendak mendengar apa alasan beliau kali ini untuk membolehkan beliau kembali ke Permatang Pauh.

Sumber-sumber PAS berkata, adalah agak sukar bagi PAS bagi menggerakkan jentera parti di Permatang Pauh.

“Sesetengah ahli merasakan PAS sepatutnya dibenarkan bertinding di Permatang Pauh kerana penyokong kami lebih banyak di kawasan itu.

“Peringkat bawah juga tidak setuju dengan pendirian PKR terhadap hudud,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana