DAP ingatkan PAS tak terjerat kali kedua...Inilah DAPIG Bermuka Muka

Sudahla tidak menyokong, kamu persoalkan pula keikhlasan orang lain? Modus DAP KOMUNIS yg senantiasa mewujudkan persepsi jahat! Kamu tak senang bila ISLAM bersatu..

Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini mengingatkan PAS supaya tidak terjerat dalam "perangkap" Umno buat kali dua kali.

Mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya parti itu wajib berunding dengan Umno berhubung pelaksanaan hudud, Zairil berkata PAS tidak sepatutnya lupa dengan "penipuan" yang dilakukan Umno pada 1970-an.

Beliau mengingatkan PAS mengenai insiden apabila ditipu selepas penyertaan parti itu dalam kerajaan campuran, rampasan kuasa semasa Kelantan ekoran darurat serta tragedi Memali pada 1985.

"Hadi Awang bukan orang baru dalam kancah politik Malaysia. Beliau seharusnya faham bahawa Umno cuma lunak kepada PAS ketika mereka terdesak memandangkan Umno sendiri yang menghalang pelaksanaan hudud pada 1993.

"Bagaimana pula dengan tragedi Memali pada tahun 1985? Sekiranya Pas ingin bekerjasama dengan Umno, tidakkah mereka perlu terdahulu menuntut kebertanggungjawaban terhadap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?," katanya.

Dalam kenyataan medianya, Zairil turut bertanya mengapa Hadi tidak mempersoal kesanggupan Umno membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan langsung tidak menunjukkan minat untuk membentangkannya di negeri yang mereka kuasai.

"Malahan, Presiden Umno sendiri terus mengelak daripada menyatakan pendiriannya berkenaan hudud, sementara terdapat menteri Umno yang terus-terang menolak pelaksanaan hukum tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana