Bagi Admin Lah Pergi Mampus Lah Politik DAP Ni....Sikap DAP punca keretakan dalam PR - Haron Din

SHAH ALAM: Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) boleh berpunca daripada sikap sering menuding jari dan menuduh sesuatu pihak sebagaimana yang diamalkan oleh DAP, tegas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

"Malah ia membawa kepada keresahan dalaman dan seolah-olah sudah tidak ada jalan untuk memperbaiki (masalah). Contohnya dalam kenyataan mutakhir yang membuat tuduhan PAS seolah-olah mempunyai pakatan sulit dengan Umno-BN dalam melaksanakan hudud di Kelantan.

"Saya menegaskan bahawa sebagai seorang Islam, sama ada menganggotai PAS, Umno atau PKR sudah menjadi kewajipan bersama untuk menegakkan syariat Islam.

"Ia bukan menjadi tanggungjawab PAS sahaja untuk menegakkannya, ia boleh jadi kepada sesiapa ," kata Haron ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Haron diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa PAS terus menjalinkan kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut melontar tuduhan bahawa sebarang kerjasama bersama pihak lawan bukan sahaja akan menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), malah mengancam Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Kit Siang itu dibidas Haron kerana sehingga kini parti Islam itu teguh bersama pendirian parti dan tiada perancangan untuk bersama Umno-BN meskipun dalam hal melaksanakan hudud di Kelantan.

Beliau lantas menegaskan kepentingan Islam menjadi keutamaan kepada mereka yang beragama Islam, tanpa mengira perbezaan politik.

"Bila timbul tuduhan sebagai pakatan sulit untuk membelakangi PR dan bersekongkol dengan Umno, memang mereka boleh berkata demikian. Tetapi sejauh yang saya ikuti, tidak ada keputusan parti untuk bekerjasama dengan Umno.

"Jika ada pun mungkin secara kebetulan. Walaupun tiada permuafakatan, namun atas dasar kepentingan bersama, iaitu sebagai Islam yang ingin melihat hukum-hukum agama terlaksana," tegasnya lagi.

Pimpinan DAP kini memperhebatkan serangan ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tekad PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan beberapa pindaan ke atas undang-undang itu dengan sokongn kesemua 12 ADUN Umno.

Di Parlimen, Hadi akan membentangkan usul persendirian bulan depan, yang jika diluluskan dengan majoriti mudah, membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kit Siang mendakwa perancangan melaksanakan hudud didorong oleh Umno sebagai senjata menghancurkan Pakatan Rakyat, sebagaiman yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa BN sedia bekerjasama dnegan Kelantan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana