Apa Tidak Kerajaan PKR Berpolitik 24 Jam!!!! Khalid tegur Azmin jangan jadi Pak Kaduk

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Mohamed Azmin Ali supaya tidak menjadi seperti  'Pak Kaduk' yang akhirnya menyebabkan kerajaan negeri tergadai di tangan pembangkang (Barisan Nasional).

Beliau berkata demikian ekoran kegagalan Menteri Besar Selangor baru itu dilihat gagal mengurus tadbir kerajaan negeri sehinggakan banyak isu tertangguh semenjak Azmin mengambil alih tugasannya semenjak tahun lalu.

"Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

"Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang diguna pakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

“Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau.

“Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khalid berkata demikian sebagai melihat kepada perkembangan semasa Azmin yang dilihat bermain tarik tali dengan kerajaan Persekutuan terutamanya dalam memuktamadkan isu air.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan menteri besar.

"Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali. Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliau dalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta Perjanjian Penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana